Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBertaubatlah, kata Khairuddin dakwa Radzi lakukan qazaf

    Bertaubatlah, kata Khairuddin dakwa Radzi lakukan qazaf

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno, Mohd Khairuddin Aman Razali menasihatkan Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin supaya bertaubat kerana didakwa telah menyebut beberapa perkataan jelik terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Khairuddin yang juga bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata tuduhan Radzi itu termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf.

    Khairuddin yang juga bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata qazaf juga termasuk dalam kategori jenayah hudud serta antara dosa besar dalam Islam.

    “Ia menjadi satu kesalahan jenayah syariah dalam Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di Negeri-Negeri dalam Malaysia.

    “Bagaimana perkara itu dibiarkan berlaku dalam parlimen tanpa sebarang teguran sedangkan dalam parlimen terdapat ustaz-ustaz yang mendalami pengajian Islam dan memperjuangkan pula pelaksanaan hudud dalam negara,” kata Mohd Khairuddin yang juga bekas ahli parlimen Kuala Nerus menerusi hantaran di akaun Facebook beliau.

    Jenayah qazaf merujuk tuduhan zina atau liwat ke atas seseorang, jika tidak dibuktikan dengan empat orang saksi lelaki atau pengakuan ikrar orang yang dituduh.

    Radzi mengeluarkan perkataan yang dikatakan tuduhan qazaf itu ketika bertikam lidah dengan Anwar semasa Menteri kewangan itu menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Selasa.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts