Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Bertentangan dengan Islam' - PAS Selangor kecam ugutan bunuh Nik Elin

    ‘Bertentangan dengan Islam’ – PAS Selangor kecam ugutan bunuh Nik Elin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS Selangor mengutuk ugutan pembunuhan terhadap peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid yang terlibat dalam petisyen yang mencabar enakmen jenayah syariah Kelantan.

    Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Mohd Shafie Ngah menegaskan bahawa ugutan tersebut adalah suatu tindakan yang melampau dan tidak berasaskan nilai Islam.

    “…(Ia) bahkan melanggar undang-undang negara, sekalipun sekiranya ia dilakukan atas nama mempertahankan kuasa gubalan Negeri dan undang-undang syariah.

    “PAS Selangor mengecam keras perbuatan sedemikian. Kami berharap agar polis menyegerakan siasatan secara menyeluruh dari segenap aspek dan selanjutnya peguam negara segera membuat pertuduhan di mahkamah jika ada bukti yang lengkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Kata Shafie lagi, pihaknya juga memandang serius lima laporan polis yang dibuat oleh Nik Elin berhubung ugutan yang diterimanya.

    Pada 9 Februari lalu, panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan dengan keputusan 8-1 membenarkan petisyen peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman untuk membatalkan 18 peruntukan dalam enakmen tersebut.

    Mahkamah memutuskan DUN Kelantan melangkaui bidang kuasanya seperti yang termaktub dalam Senarai Negeri (Senarai II), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

    Bagaimanapun, mahkamah hanya membenarkan pembatalan 16 daripada 18 peruntukan tersebut.

    Dua hari kemudian, Nik Elin dilaporkan oleh NST sebagai berkata, dia menerima banyak ugutan termasuk untuk “menyembelihnya”, selain serangan di internet.

    Pada 14 Februari lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata pihaknya telah mengenal pasti individu di sebalik akaun media sosial yang membuat ugutan tersebut.

    Dia menyatakan bahawa sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka dengan satu daripadanya sudah siap.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts