Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBestinet nafi sedia hanya satu modul pengambilan pekerja asing

    Bestinet nafi sedia hanya satu modul pengambilan pekerja asing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Syarikat Bestinet Sdn Bhd yang membekalkan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) menyangkal dakwaan bahawa mereka hanya melaksanakan hanya satu modul dalam proses penggajian pekerja asing.

    Dalam kenyataan hari ini, Bestinet menyifatkan dakwaan dalam laporan sebuah portal tempatan itu sebagai tidak tepat.

    “Sebagai respons kepada artikel New Straits Times bertajuk ‘Recruitment group: Review FWCMS and private system administrator’ Bestinet ingin menjelaskan perananan dan fungsi FWCMS yang diterangkan secara salah oleh Naib Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia, Suresh Tan.

    “Mengenai pelaksanaan modul dan fungsinya, Suresh menyatakan bahawa hanya satu modul eMedical (bioperubatan) sedang dilaksanakan dan hanya dengan fungsi terhad. Ini tidak betul. Syarikat ini sebaliknya mempunyai 15 modul dalam proses pengurusan pekerja asing untuk negara Bangladesh dan 12 modul bagi negara sumber yang lain.

    “Sementara modul bioperubatan yang dinyatakan oleh Suresh bukan sahaja meliputi keadaan perubatan asas. Ia dikaitkan secara langsung dengan sistem Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tapisan ‘real time’ bagi tujuan keselamatan.

    “Fungsi ini sebagai komponen asas sistem, memastikan keselamatan Malaysia,” kata syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

    Modul bermaksud proses-proses yang perlu dipenuhi oleh majikan sebelum dan selepas membawa masuk pekerja asing ke Malaysia.

    Menurut laman FWCMS, selain bioperubatan, antara modul yang disediakan oleh Bestinet adalah e-Quota, e-Wages, eVDR, eComplaints, eWorker Runaway, eEmbassy, ePL(KS), eEnforcement, e-BMV, eRecruitment dan eCOM.

    Bestinet berkata modul-modul ini membolehkan majikan mengendalikan semua proses pengurusan pekerja asing dalam talian dan juga membolehkan mereka menyerahkan pertanyaan dan maklumat kepada Jabatan Imigresen dan Jabatan Buruh tanpa melawat beberapa pejabat atau berurusan dengan kertas kerja.

    Sebelum ini, Suresh berkata bahawa kerajaan perlu mengkaji semula penggunaan sistem FWCMS dalam urusan penggajian pekerja asing yang dikendalikan oleh Bestinet.

    ALSO READ:  Had 100kg beras putih tempatan berkuat kuasa hari ini

    Katanya, penggajian semula itu perlu dilakukan untuk memupuk proses pengambilan pekerja dengan adil dan beretika.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts