Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, November 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBetamek Bhd beroperasi macam biasa walau SPRM siasat Mirzan

    Betamek Bhd beroperasi macam biasa walau SPRM siasat Mirzan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Betamek Bhd terus beroperasi seperti biasa walaupun Pengarah Urusannya Mirzan Mahathir dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu dalam satu siasatan.

    “Kami ingin mengumumkan bahawa siasatan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan Betamek.

    “Oleh itu, Betamek beroperasi seperti biasa tanpa menjejaskan pengeluaran dan penyampaian produk Betamek kepada para pelanggan,” kata syarikat itu dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

    Betamek menyediakan penyelesaian perkhidmatan pengeluaran elektronik kepada pengeluar automotif.

    Menurut laporan tahunan syarikat bagi 2023, Mirzan adalah pemegang saham utama Betamek dengan 72.03 peratus kepentingan melalui pegangan saham langsungnya dalam Iskandar Holdings Sdn Bhd.

    Dalam kenyataan semalam, SPRM berkata pihaknya telah menyerahkan satu perintah notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 kepada Mirzan dan mengkehendaki beliau mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih dalam pegangannya.

    Aset-aset tersebut sama ada di dalam atau luar negara, perlu diisytiharkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis dikeluarkan, kata suruhanjaya itu.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts