Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBeza agama tak putuskan kasih Janakie pada bapa

    Beza agama tak putuskan kasih Janakie pada bapa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perbezaan agama seringkali digambarkan sebagai penghalang dalam hubungan sesebuah keluarga.

    Namun kisah seorang wanita Hindu, Janakie Krishnan, menziarahi pusara bapanya, Jaafar Abdullah yang beragama Islam, menjadi bukti kasih sayang seorang anak si ayah.

    Lebih menarik, ziarah yang dilakukan Janakie dibuat sempena sambutan 1 Syawal baru-baru ini.

    Video yang dimuat naik oleh Janakie Krishnan di aplikasi TikTok memperlihatkan detik-detik dia bersama suaminya membersihkan pusara Jaafar.

    Kertebukaan serta sikap hormat ditunjukkan pasangan terbabit menarik perhatian ramai serta mengundang pujian orang ramai yang mengaitkan insiden itu dengan pentingnya hubungan baik antara agama di Malaysia dipelihara.

    Kata Janakie dia bangga kerana dapat memenuhi tanggungjawab sebagai seorang anak untuk menguruskan jenazah Jaafar selepas bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

    Menceritakan detik dilaluinya sebelum ini, Janakie berkata bapanya memeluk Islam semasa dia masih remaja dan mencetuskan suasana beremosi dalam keluarga mereka.

    Sambil menyiram tanah kubur bapanya, Janakei memberitahu, keputusan bapanya memeluk Islam dulu sukar diterima oleh ahli keluarga pada peringkat awal.

    “Banyak cabaran yang kami lalui sewaktu itu kerana tidak dapat menerima kenyataan.

    “Terlalu banyak pergaduhan dan air mata (tumpah) ketika kami mengetahui ayah saya memeluk Islam.

    “Bagaimanapun seiring dengan waktu, kami belajar untuk menerima dan menghormati pilihannya,” kata Janakie sambil menatap sayu pusara bapanya.

    Di sebalik perbezaan agama, kata Janakie, arwah bapanya menunjukkan contoh sebagai sebagai Muslim yang baik.

    Misalnya, kata Janakie lagi, Jaafar rajin melaksanakan solat dan puasa, serta pada masa sama tetap bangga dengan keturunannya sebagai orang India.

    ā€œHal ini yang membuatkan kami sekeluarga sangat menghormati dia dan juga kehidupan barunya.

    “Kami tidak pernah membandingkan agama masing-masing kerana sewaktu bapa saya masih hidup, dia sentiasa mencuba untuk memperbaiki hubungan kami sekeluarga,ā€ katanya lagi.

    ALSO READ:  Mahkamah Rayuan dengar permohonan Najib tangguh prosiding 1MDB esok

    Apabila Jaafar meninggal dunia, Janakie berkata, dia dan suaminya cuba sebaik mungkin menguruskan jenazah mengikut kehendak Islam dan itu dianggap sebagai penghormatan terakhir mereka kepada lelaki terbabit.

    Dalam hantaran sama, Janakie turut menekankan kepentingan semua orang menghormati perbezaan yang ada dalam kalangan penduduk Malaysia.

    “Sebagai rakyat Malaysia, menghormati kehidupan masing-masing adalah sangat penting,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts