Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBiar Sanusi jaga projek bilion ringgit, saya jaga projek kecil - Saifuddin

    Biar Sanusi jaga projek bilion ringgit, saya jaga projek kecil – Saifuddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberi respons terhadap rungutan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkenaan ketiadaan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri.

    Dengan nada sinis, Saifuddin menyatakan bahawa beliau ingin Sanusi memberi tumpuan penuh kepada pembangunan Greater Kedah, sementara beliau sendiri hanya akan memberi perhatian kepada beberapa projek kecil di Negeri tersebut.

    “Saya akan berikan ruang yang luas kepada Sanusi untuk membangunkan Greater Kedah. Saya akan ambil alih isu-isu kecil di Kedah.

    “Saya tidak mahu menganggu beliau. Jika dia ingin menambah tanah di Langkawi, atau ingin membina jambatan darat, saya ingin beliau memberi tumpuan kepada Greater Kedah.

    “Walau pun tidak ada sebarang mesyuarat dijalankan oleh Majlis Tindakan kerana saya yakin bahawa fokus Sanusi adalah Greater Kedah, saya tidak akan mengganggunya. Biarlah beliau membangunkan Lapangan Terbang Kulim, biar beliau menyelesaikan projek tambak tanah ‘reclaim’ di Sungai Petani bernilai RM40 bilion terlebih dahulu.

    “Bagi saya, saya akan uruskan projek-projek kecil. Saya berikan peluang kepada beliau untuk menguruskan projek-projek bernilai berbilion ringgit,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri majlis penyerahan kerakyatan di kementeriannya hari ini.

    Sebelum ini, Sanusi telah menyatakan rasa kecewa beliau terhadap tuduhan bahawa Saifuddin enggan mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah.

    Bagaimanapun, Saifuddin menegaskan bahawa sikap Muhammad Sanusi yang tidak dapat menjaga rahsia menjadi antara faktor utama yang menyebabkan mesyuarat tersebut tidak dijalankan lebih dari setahun.

    Oleh itu, Saifuddin berpendapat bahawa Sanusi tidak seharusnya mengeluh berkenaan perkara tersebut.

    [Berita penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts