Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBiarlah adil kepada Saifuddin, kata MP PKR

    Biarlah adil kepada Saifuddin, kata MP PKR

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mempertahankan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail yang menerima kecaman berhubung cadangan meminda undang-undang kewarganegaraan.

    Menerusi media sosial, Sim berkata, Saifuddin sebaliknya telah menunjukkan keazaman yang kuat untuk menyelesaikan isu individu tanpa kewarganegaraan.

    “Terus terang cakap, tiada siapa yang akan suka Menteri Dalam Negeri, jawatan ini akan sentiasa ‘tidak popular’. Tetapi biarlah adil kepada Saifuddin.

    “Dalam tempoh 15 bulan, dia telah mencapai banyak kejayaan yang tidak pernah dicapai oleh Menteri dalam Negeri sebelum ini,” katanya dalam catatan di X hari ini.

    Memetik statistik, Sim berkata, Saifuddin telah berjaya menyelesaikan 35,000 daripada 59,000 kes individu tanpa kerakyatan iaitu lebih separuh daripada jumlah keseluruhan kes.

    Sim memetik statistik yang dibacakan oleh Saifuddin semasa ucapannya di Dewan Rakyat Isnin lepas.

    Menurutnya, Saifuddin berjaya mengawasi pindaan penting mengenai kewarganegaraan untuk bayi yang dilahirkan oleh ibu warganegara Malaysia di luar negara.

    “(Untuk) meyakinkan Majlis Raja-Raja, (dan) kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk menyokong reformasi perlembagaan mengenai kewarganegaraan. (Ia adalah) pencapaian yang menakjubkan.

    “Untuk mengatakan Saifuddin tidak layak adalah tidak adil. Bandingkan sahaja dia dengan pendahulunya, anda akan melihat perbezaan yang ketara,” tambah Sim.

    Dia menjawab komentar yang disiarkan di Malaysiakini, yang mengatakan Saifuddin tidak layak menjadi Menteri dalam Negeri.

    Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suhakam, Ragunath Kesavan berkata Kementerian Dalam Negeri tidak memberikan sebarang data untuk menyokong cadangan pindaan undang-undang kewarganegaraa.

    Saifuddin berdepan kritikan berhubung pindaan mengenai kewarganegaraan, yang menurut pengkritik bersifat regresif dan akan menyebabkan lebih ramai individu tanpa kerakyatan.

    Salah satu pindaan yang amat dipertikaikan ialah penghapusan kewarganegaraan automatik untuk anak yang baru lahir.

    ALSO READ:  Malaysia’s secularism based on Constitution, Alliance Memorandum, says MCA

    Menteri itu berkata pindaan undang-undang kewarganegaraan berkaitan anak terbuang bagi mengelakkan ia disalahgunakan oleh warga asing dengan meninggalkan bayi mereka yang baru lahir di hospital kerajaan bagi mendapatkan kewarganegaraan secara automatik terhadap anak terbabit.

    Pemansuhan status kewarganegaraan automatik bermakna kanak-kanak yang terbiar mesti mendaftar untuk mendapatkan kewarganegaraan mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, di mana kuasa untuk memberikan taraf kerakyatan itu berada di bawah kuasa Menteri dalam Negeri.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts