Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBicara kes 22 Julai, Sanusi akan kemuka representasi batal tuduhan hasut

    Bicara kes 22 Julai, Sanusi akan kemuka representasi batal tuduhan hasut

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pembelaan dalam kes Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi membatalkan dua pertuduhan menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.

    Peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud, yang mewakili Muhammad Sanusi, 50, memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aslam Zainuddin bahawa beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk menghantar representasi itu dalam tempoh empat bulan.

    “Saya rasa ini penting kerana ada beberapa perkara yang tidak ada dalam dokumen yang ingin kami bangkitkan kepada AG. Oleh itu, saya mohon supaya tarikh bicara tidak ditetapkan sehingga isu representasi ini diputuskan dan mohon tarikh sebutan ditetapkan oleh mahkamah,” katanya ketika kes itu disebut buat kali pertama di hadapan Aslam hari ini.

    Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob pula memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kerana pembelaan boleh mengemukakan representasi itu pada bila-bila masa.

    Awang Armadajaya kemudian memohon supaya senarai saksi pendakwaan diserah kepada pembelaan bagi membolehkan pihaknya menyediakan representasi yang sempurna.

    Abdul Malik berkata senarai itu akan diserah kepada pembelaan dan memaklumkan bahawa pendakwaan akan memanggil kira-kira 10 saksi untuk memberi keterangan.

    Aslam kemudian menetapkan 3 Mei sebagai sebutan kes bagi mengetahui status representasi dan 22, 23, 26, 29 dan 30 Julai serta 5, 6, 9, 12 dan 13 Ogos ini untuk perbicaraan.

    Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan semula selepas kes terbabit dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 1 Feb lepas.

    Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam 11 Julai 2023.

    ALSO READ:  German police union head doubts border controls' feasibility ahead of Monday launch

    Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts