Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBicara kes hasutan Papagomo ditetapkan Julai ini

    Bicara kes hasutan Papagomo ditetapkan Julai ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur telah menetapkan bulan Julai ini sebagai tarikh untuk perbicaraan kes hasutan yang melibatkan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

    Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan 11, 12, 29 dan 30 Julai sebagai tarikh perbicaraan dalam kes yang turut dihadiri oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam, peguam Rafique Rashid Ali dan Logen Eskander yang mewakili tertuduh.

    Mahkamah juga telah menetapkan 18 April ini untuk sebutan semula kes tersebut.

    Pada 8 Januari yang lepas, Wan Muhammad Azri telah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebarkan kata-kata yang menghasut yang mengaitkan kerajaan, pro kepada Israel dan Barat di laman Facebook pada tahun lepas.

    Tertuduh didakwa menghasut di laman Facebook “Halid Hamidi (Halid Mat Kool)” dan kata-kata tersebut telah dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada 1 tengah hari, 8 November tahun lepas.

    Dakwaan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta yang sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, sekiranya sabit kesalahan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts