Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBicara Najib: Jasmine Loo nafi buat perjanjian dengan SPRM, pendakwa raya

    Bicara Najib: Jasmine Loo nafi buat perjanjian dengan SPRM, pendakwa raya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan menafikan dakwaan bahawa dia membuat perjanjian dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pendakwa raya untuk memberi keterangan terhadap bekas perdana Menteri Najib Razak.

    Ketika perbicaraan terhadap Najib berhubung kes rasuah 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Loo mempertahankan dirinya semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela utama, Muhammad Shafee Abdullah.

    Shafee mengasak saksi pendakwaan itu mengenai mengapa keterangannya seolah-olah menyasarkan Najib sambil menunjukkan dirinya sebagai tidak bersalah.

    Loo, 50, yang berada di luar negara selama bertahun-tahun pulang ke Malaysia tahun lalu selepas meninggalkan negara ini untuk ke Thailand pada awal 2018.

    Ketika perbicaraan sebelum ini, Loo memberi keterangan bahawa ahli perniagaan, Low Taek Jho (Jho Low) mengancam untuk menjadikan hidupnya seperti dalam neraka jika dia kembali ke Malaysia.

    Shafee: Anda seolah-olah bukan sahaja mempertahankan diri tetapi melancarkan ‘peluru berpandu’ kepada pelanggan saya. Adakah anda telah membuat perjanjian dengan SPRM?

    Loo: Tidak.

    Shafee: Dengan pihak pendakwaan?

    Loo: Tidak.

    Loo juga menafikan dia menjadi saksi terhadap Najib, susulan rundingan dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menarik balik dua pertuduhan jenayah yang belum selesai terhadapnya.

    Shafee merujuk Loo yang didakwa in absentia (tanpa kehadiran) pada 2018 berhubung perjanjian bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion melibatkan bank pelaburan Goldman Sachs International yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan cabang Asianya.

    Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah disambung semula pada 1 April.

    Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion daripada 1MDB.

    Bagi empat pertuduhan salah guna kuasa, bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Bhd cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

    ALSO READ:  Rugby-Argentina stun S Africa in 29-28 win to keep title hopes alive

    Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, bekas Menteri kewangan itu didakwa melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts