Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBina bangsa Malaysia bukan alasan remehkan Islam - PM

    Bina bangsa Malaysia bukan alasan remehkan Islam – PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerangka pembinaan bangsa Malaysia tidak boleh diberikan alasan untuk meremehkan kepentingan Islam sebagai agama Persekutuan.

    Katanya, ini termasuk usaha meningkatkan pelaksanaan syariah di negara ini.

    Dalam perutusan bersempena Hari Raya Aidilfitri, malam tadi, Anwar berkata, malah usaha itu perlu dilihat tegas dan tidak kelihatan bertolak-ansur dalam kesungguhan memupuk nilai dan membina negara yang bermaruah.

    “Namun jangan kita anggap ini sebagai suatu sijil, peluang untuk meremehkan, menghina atau merosakkan kaedah budaya dan cara hidup orang lain.

    “Inilah perimbangan, keseimbangan yang perlu dipertahankan dalam semangat kita di Malaysia merayakan Hari Raya Aidilfitri Mubarak ini,” katanya.

    Perutusan khas itu juga disiarkan menerusi saluran televisyen tempatan malam tadi.

    Mengulas lanjut, perdana Menteri berkata, seperkara yang harus diterima, adalah bahawa kepulauan Melayu khususnya di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang sambutan hari raya, silaturrahim diucapkan dengan maaf zahir dan batin.

    Katanya permohonan maaf seumpama itu tidak ada dalam tradisi Arab, mahupun di budaya atau tradisi umat Islam yang lain.

    (Ini) tidak lari daripada tonggak mesej Islam itu sendiri; berjumpa dan bermaaflah. Kita semua lakukan kesalahan, kesilapan.

    “Jangan kita terlalu sombong untuk mengaku bahawa kita sudah sempurna. Ada keterlanjuran, ada kata-kata kesat, ada kemarahan. 

    “Maka ambillah peluang ini maaf zahir batin dengan keluasan yang terpancar dari hati nurani dan ini juga yang ingin saya sampaikan kepada seluruh umat Islam dan rakan-rakan kita masyarakat Malaysia seluruhnya iaitu memohon maaf seandainya ada keterlanjuran kata, ada kesilapan bahasa ataupun yang telah menyentuh perasaan rakan-rakan dan saudara-mara,” katanya.

    Bagaimanapun Anwar tidak menyebut tentang sebarang peristiwa, keterlanjuran yang menyelubungi negara.

    ALSO READ:  China guna lebih 200 juta basikal bagi kurangkan pelepasan karbon

    Berikut intipati ucapan penuhnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts