Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBior doktor jaga Simpang Jeram, kata Mazri

    Bior doktor jaga Simpang Jeram, kata Mazri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK JOHOR | Pelbagai peranancangan memanfaatkan rakyat dijanjikan untuk dilaksana dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya, memenangi kerusi DUN Simpang Jeram pada 9 Sept ini.

    Kata pakar bezah itu, antara yang akan dilakukannya adalah menggabungkan semua badan bukan kerajaan (NGO) yang ada di kawasan jajahan DUN Simpang Jeram.

    Katanya, ia selari dengan teman ‘Bior Doktor Jaga Simpang Jeram’ yang menjadi slogannya sepanjang kempen PRK kawasan itu, kali ini.

    “Pertama sekali kita nak menggabungkan semua NGO yang bekerja di Simpang Jeram ini dalam satu wadah (supaya) boleh bekerja bersama.

    “Sebabnya apabila kita bercakap mengenai kebajikan pesakit misalnya ia juga melibatkan semua bangsa, kalau kita bercerita pasal kemiskinan, ia juga boleh melibatkan semua bangsa.

    “Jadi yang banyak melakukan kerja-kerja kebajikan sebegini ialah NGO,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini di Markas PAS Bakri di Muar, baru-baru ini.

    PRK DUN Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Dr Mazri yang menentang Nazri Abd Rahman yang mewakili PH-BN dan calon bebas, S Jeganathan.

    Mengulas lanjut, Mazri berkata jika usahanya berjaya nanti ia juga merupakan kejayaan besar buat penduduk di kawasan terbabit.

    “Mereka (NGO terbabit) tahu apa masalah yang berlaku. Jadi kalau kita boleh menghubungkan semua kaum iaitu India, Cina dan Melayu duduk dalam satu kerangka NGO yang besar, yang boleh boleh bekerja.

    “Ia akan menjadi satu kejayaan kepada penduduk di Simpang Jeram,” katanya.

    Kerusi DUN Simpang Jeram (sebelumnya dikenali sebagai Sungai Abong) dimenangi PH melalui calonnya, Allahyarham Salahuddin Ayub, dalam pertandingan empat penjuru semasa PRU ke-14 pada 2018.

    Dalam pengundian itu Mazri bertanding sebagai calon PAS, dan persaingan turut disertai Mohd Radzi Amin (BN) dan Ahmad Hashim (bebas). Salahuddin menang dengan majoriti 7,687 undi.

    ALSO READ:  Tarif air P Pinang meningkat dua kali ganda, Sabah kekal

    Pada PRN Johor tahun lalu, Salahuddin mempertahankan kemenangannya di DUN Simpang Jeram dengan majoriti 2,399 undi dalam saingan empat penjuru.

    Pengundi Melayu merangkumi 51.87 peratus daripada keseluruhan pengundi di Simpang Jeram, diikuti Cina (44.58 peratus) dan India (2.53 peratus).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts