Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBN adukan tuduhan calon tak solat Jumaat ke polis

    BN adukan tuduhan calon tak solat Jumaat ke polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Isu salah seorang calon BN Kelantan yang didakwa tidak menunaikan solat Jumaat dilaporkan kepada polis sebagai salah satu langkah membela mangsa.

    Zailany Zakaria (gambar atas, dua dari kanan) berkata tuduhan tersebut disedarinya pagi semalam dan ia kemudian dirujuk ke Balai Polis Pengkalan Chepa beberapa jam selepas itu.

    Dia yang juga ketua strategik jentera BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka berkata tuduhan itu bersifat fitnah dan mencemar nama calon terbabit.

    “Saya menyedari hantaran (dakwaan) itu ketika berada di rumah di Batu 6, Pengkalan Chepa dan amat terkilan dengan laman Facebook berkenaan kerana mendakwa calon BN (bagi DUN Chempaka) tidak solat Jumaat.

    “Saya nak tegaskan bahawa calon BN bagi DUN Chempaka ialah, Nik Normi Nik Ayub, seorang wanita dan tidak wajib mendirikan solat Jumaat,” katanya kepada Malaysiakini.

    Zailany, 50, menjelaskan tuduhan yang dibuat ke atas Nik Normi – yang juga isterinya – sengaja dibuat bagi menjatuhkan moral calon serta memberi kesan buruk terhadap keputusan PRN nanti.

    DUN Chempaka yang mencatat 34,641 pengundi menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Nik Normi sebagai wakil kerajaan perpaduan, Nik Asma’ Bahrum Nik Abdullah (PAS-PN) dan Ibrahim Sulong (bebas).

    Pada 2018, kerusi itu dimenangi calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood yang memperoleh 10,549 undi dan meninggalkan pencabar terdekat, Mohamed Fareez Noor Amran (BN) dengan majoriti 3,474 undi.

    Seorang lagi calon yang bertanding di situ ialah Nik Omar Nik Abdul Aziz.

    Jangan ‘pembaris’ sangat

    Zailany berkata komen-komen yang ditinggalkan pengguna Facebook di bawah hantaran tersebut menggambarkan seolah-olah BN jauh dari Islam.

    “Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik laman Facebook berkenaan,” katanya.

    ALSO READ:  SAR mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands diteruskan hari ini

    Tambah Zailany BN juga kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang merosakkan poster Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan calon PH bagi DUN Tanjong Mas, Zinda Khalil Sastro Hassan.

    Sementara itu semakan Malaysiakini mendapati hantaran di Facebook Pengkalan Chepa News itu dinyatakan sebagai hanya hanyalah bersifat sarkastik.

    “Dia kan perempuan. Janganlah ‘pembaris’ sangat. Orangnya baik. Anak-beranak kita semua,” tulis pemilik laman berkenan pada bahagian komen hantaran tersebut.

    “Bagaimanapun semakan terkini mendapati hantaran berkenaan sudah dipadamkan.”

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts