Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBN beri laluan Amanah tanding PRK Jeram, Pulai - Zahid

    BN beri laluan Amanah tanding PRK Jeram, Pulai – Zahid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Barisan Nasional (BN) akan memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor pada 9 September depan. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu dibuat atas semangat perkongsian politik dalam Kerajaan Perpaduan. “Kita amat menghormati kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan dan kita tahu bahawa kerusi Parlimen Pulai adalah hak parti Amanah iaitu rakan politik dalam kerajaan dan mereka adalah penyandang. Kerusi DUN Simpang Jeram juga kepunyaan parti Amanah. Maka atas semangat Kerajaan Madani, kita akan dukung kedua-dua kerusi itu ditandingi rakan-rakan parti Amanah,” katanya kepada media selepas melancarkan program TVET JELITA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari pengundian PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 9 September. Tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan pula ialah masing-masing pada 26 Ogos dan 5 September. PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan ekoran kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas. Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts