Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBN hentikan kempen jika Kemaman dilanda banjir

    BN hentikan kempen jika Kemaman dilanda banjir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KEMAMAN | Umno memberi penegasan bahawa mereka akan menghentikan kempen pada kadar segera sekiranya kawasan parlimen itu dilanda banjir.

    Pengerusi Media Umno Kemaman Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata jika berlaku sebarang bencana jentera BN akan dikerahkan untuk membantu rakyat yang terjejas.

    “Ini kerana parti politik diwujudkan pada akhirnya untuk membahagiakan negara dan rakyat.

    “Jadi kalau sekiranya esok banjir di DUN Air Putih, ada mangsa terkesan banjir, kami akan hentikan kempen dan bantu rakyat yang terjejas.

    “Kami akan kerahkan semua jentera untuk bantu rakyat, itu yang lebih utama,” katanya pada sidang media di Kemaman, hari ini.

    Wan Abdul Hakim berkata demikian ketika ditanya persediaan dan gerak kerja kempen calon BN sekiranya banjir melanda ekoran tempoh hujung tahun merupakan musim tengkujuh.

    Untuk rekod Kemaman pernah mengalami banjir buruk pada 2013 dan 2014.

    Pagi tadi Malaysiakini melaporkan bahawa pusat pemindahan sementara (PPS) akan dijadikan sebagai pusat mengundi sekiranya kawasan terbabit dinaiki air pada hari mengundi 2 Dis ini.

    Tak ada masalah

    Ketua Polis Terengganu Mazli Mazlan berkata pihaknya telah bersedia dengan kekuatan anggota serta aset untuk memastikan perjalanan hari pengundian berjalan dengan lancar.

    Dia juga berkata, memang ada jangkaan banjir akan melanda namun berharap ia tidak berlaku pada hari mengundi.

    Ditanya mengenai gesaan PAS agar calon BN, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, memberi penjelasan berhubung isu projek pembinaan kapal peronda pesisir (LCS), Wan Abdul Hakim berkata, tiada keperluan untuk mereka melayannya.

    Malah, katanya, penjelasan mengenai kelewatan projek LCS berkenaan sudah dijelaskan oleh pihak yang berkenaan sebelum ini.

    “Kami gembira mereka (PAS) bawa isu ini sebab menunjukkan mereka bertindak balas kepada kami sampai begitu sekali.

    ALSO READ:  Stoking KK Mart: Jangan berlaku zalim atas nama agama

    “Jadi kami tak ada masalah, tembaklah nak tembak pun, tapi tak perlu pun (calon jelaskan),” katanya.

    Mohd Nazari Mokhtar

    Semalam seorang pemimpin PAS, Mohd Nazari Mokhtar yang juga bekas pegawai tentera menyatakan PRK ini masa yang sangat sesuai untuk Raja Mohamed Affandi menjelaskan sebab sebenar projek bernilai berbillion ringgit itu tergendala sekian lama.

    “Bagi kami bekas tentera berasa sangat malu dengan apa yang berlaku. PRK Kemaman ini menjadi tumpuan media nasional dan antarabangsa dan menjadi wadah paling sesuai untuk dia memberikan penerangan kepada rakyat khususnya para pengundi di Kemaman.

    “Justeru itu kami sangat berharap nama Tan Sri (Raja Mohamed Affandi) selaku mantan panglima ATM dan seluruh warga serta bekas tentera dapat dibersihkan daripada terpalit dengan skandal LCS,” katanya yang juga Yang Dipertua PAS Tenggara merangkap presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat).

    Untuk rekod projek LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia kini disiasat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dipengerusikan Mas Ermieyati Samsudin.

    Tambah Wan Abdul Hakim, Mohd Nazari sepatutnya boleh mengikuti penjelasan mengenai isu LCS yang dibuat PAC.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts