Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBNM nafi ringgit jatuh ke paras 6.24 berbanding dolar

    BNM nafi ringgit jatuh ke paras 6.24 berbanding dolar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan bahawa ringgit tidak jatuh ke paras 6.24 berbanding dolar AS semalam.

    Dalam satu kenyataan, bank pusat itu menyatakan bahawa angka itu disebabkan oleh data kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat yang diterbitkan oleh Google.

    “Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menjelaskan tentang data kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat, termasuk kadar USD/MYR, yang diterbitkan oleh Google pada 5 Februari 2024.

    “Bagi USD/MYR, kadar pertukaran yang tidak tepat iaitu 6.24 telah dicatatkan melalui Google.

    “Bagaimanapun, julat perdagangan tinggi dan rendah bagi USD/MYR yang dicatatkan dalam pasaran antara bank tempatan bagi Ringgit adalah antara 4.7480 dan 4.7630 pada 5 Februari, seperti yang disiarkan di laman sesawang BNM,” kata kenyataan itu.

    Bank Negara juga menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan mengelak daripada menggunakan sumber yang tidak disahkan sebagai rujukan untuk data pertukaran ringgit.

    Semalam, media sosial dihebohkan apabila Ringgit didakwa menjunam ke paras terendah terbaru berbanding dolar AS.

    Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan berkata kesilapan daripada Google itu boleh mengundang bahaya kepada ekonomi negara.

    “Ini suatu yang sangat dikesalkan dan merbahaya kepada ekonomi negara kita.

    “Kesilapan seumpama itu atas apa jua alasan tidak wajar dilakukan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts