Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBoikot produk Israel: K'jaan belum terima laporan pekerja dibuang

    Boikot produk Israel: K’jaan belum terima laporan pekerja dibuang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Sumber Manusia (KSM) setakat ini tidak menerima sebarang laporan berkenaan pembuangan kerja ekoran terdapat gerakan memboikot barangan berkaitan Israel dalam negara.

    Menteri Sumber Manusia V Sivakumar mengesahkan perkara itu ketika ditanya sama ada KSM menerima sebarang laporan mengenai syarikat yang memberhentikan pekerja akibat daripada tindakan boikot itu.

    “Setakat ini, KSM tidak terima apa-apa laporan berkaitan pembuangan kerja dan sebagainya… kalau ada aduan kita akan tengok, tiada aduan saya tidak boleh komen,” katanya pada sidang media sempena majlis Sambutan Deepavali Pertubuhan Keselamatan Sosial 2023 di Ipoh hari ini.

    Baru-baru ini, media melaporkan ramai individu terkesan selepas rakyat Malaysia bersatu hati memboikot produk keluaran Israel termasuk jenama yang memberi sokongan kepada negara itu.

    Laporan itu menyebut rata-rata pekerja sambilan terpaksa diberhentikan kerana syarikat tidak lagi menerima pelanggan yang ramai.

    Sivakumar juga berkata amaran keras telah diberikan sebelum ini kepada pihak yang membawa masuk warga asing ke Malaysia namun gagal menguruskan mereka dengan betul dari segi gaji mahupun skop pekerjaan.

    Menteri itu berkata beliau tidak mahu melihat elemen buruh paksa wujud di Malaysia kerana ia boleh menimbulkan banyak masalah.

    “Jadi saya mahu semua majikan dan ejen yang terlibat berhenti melakukan kerja-kerja seperti ini. Membawa mereka masuk tanpa pekerjaan adalah satu kesalahan, pastikan majikan ada pekerjaan untuk mereka, baru bawa mereka masuk… kalau ditangkap, tindakan tegas pasti akan diambil,” katanya.

    Terdahulu, media melaporkan bahawa pekerja warga Nepal di Malaysia menerima gaji yang kecil dan terpaksa berdepan persekitaran pekerjaan berbahaya.

    Pada 5 Nov lepas, Sivakumar berkata KSM akan menjalankan operasi di seluruh negara susulan surat seorang aktivis hak migran kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak-Hak Asasi Manusia (OHCHR) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung nasib pekerja Bangladesh di Malaysia.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts