Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBom tangan ditemui di tapak sisa pepejal

    Bom tangan ditemui di tapak sisa pepejal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pekerja di tapak pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar, Bukit Mertajam gempar selepas seorang daripada mereka menjumpai bom tangan di situ semalam.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bahan letupan berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari sebelum sepasukan polis terus ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

    “Pemeriksaan awal polis mendapati tapak pengurusan sisa pepejal itu terletak di kawasan berbukit dan berpagar, manakala objek yang disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat serta lengkap sifatnya.

    ā€œUnit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang yang hadir membuat pemeriksaan keselamatan di lokasi seterusnya menjalankan proses pemusnahan di kawasan itu,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Tan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan bom tangan terbabit.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts