Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBomba Sabah guna heli hantar bekalan makanan ke Pensiangan

    Bomba Sabah guna heli hantar bekalan makanan ke Pensiangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah menjalankan misi menghantar bantuan bakul makanan kepada kira-kira 500 penduduk di lapan kampung dekat Pensiangan yang terputus bekalan susulan tanah runtuh sejak 5 Sept lepas.

    Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah dalam kenyataan memaklumkan bahawa bantuan bakul makanan seberat 13 tan itu dihantar menggunakan helikopter jenis Mi-171 JBPM dan AIW 139 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Nabawa dan sebuah badan bukan kerajaan Forces of Love.

    Sejumlah 33 pegawai dan anggota bomba terlibat dalam misi bantuan ini yang diketuai oleh Pengarah JBPM Sabah, Abdul Razak Muda.

    “Misi ini adalah program kerjasama JBPM Sabah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Nabawan dan Forces of Love bagi menyelaras bantuan secara teratur untuk penduduk mangsa bencana pedalaman setempat daerah terbabit,” kata kenyataan itu.

    Misi ini telah dijalankan dua kali. Misi pertama pada 12 Sept dengan sebanyak 2.3 tan bantuan makanan telah diagihkan kepada penduduk terjejas menggunakan pengangkutan air.

    Lapan kampung yang terjejas ialah Kampung Kabu, Kampung Saliliran, Kampung Siatu, Kampung Simohong, Kampung Karampalon, Kampung Babayasing, Kampung Dobolon, dan Kampung Sibangali.

    Kampung-kampung tersebut telah terputus hubungan akibat tanah runtuh sehingga menyebabkan beberapa jalan raya tidak dapat dilalui oleh kenderaan darat dan agak berbahaya sekiranya menggunakan kenderaan air.

    Sumber: Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts