Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBos raja dadah India ada di M’sia? Polis minta maklumat dari India

    Bos raja dadah India ada di M’sia? Polis minta maklumat dari India

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis tiada maklumat berkaitan dakwaan bos ‘raja dadah India’ adalah warga Malaysia dan berada di negara ini dan sedang mendapatkan maklumat.

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata semakan di pangkalan data Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mendapati penama tidak berada dalam mana-mana maklumat pengedaran dadah dalam negara.

    “Bagaimanapun, JSJN sedang mendapatkan maklumat daripada pihak Pegawai Perhubungan Keselamatan (SLO) India berkait dakwaan terbabit,” dia dipetik sebagai berkata.

    Razarudin berkata buat masa ini JSJN tiada hubungan bilateral dengan Biro Kawalan Narkotik India dan komunikasi dijalankan melalui Polis Antarabangsa (Interpol) dan Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika Syarikat.

    Terdahulu media India mendakwa bos kepada ‘raja dadah India’ merupakan seorang pengedar filem warga Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan selebriti industri filem Tamil dan sedang berada di negara ini.

    Dakwaan itu dibuat selepas penerbit filem, Jaffer Sadiq, yang didakwa mempunyai kaitan dengan penyeludupan dadah antarabangsa bernilai RM1.13 bilion ditahan oleh Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India pada Sabtu.

    Jaffer Sadiq

    Dakwaan itu dibuat oleh A Shankar, wartawan kanan dan pemilik media Savukku dalam wawancara di Youtube.

    Shankar yang terkenal dengan kewartawanan penyiasatan tidak mendedahkan nama individu itu.

    NCB berkata Jaffer dipercayai mengendalikan sindiket dadah yang menghantar 45 konsainan sejak tiga tahun lalu ke pelbagai negara, mengandungi kira-kira 3,500kg pseudoephedrine.

    NCB mendakwa Jaffer mendedahkan dia memperoleh sejumlah besar wang daripada operasi pengedaran dadah dan melabur dalam perniagaan yang sah dalam industri seperti filem, pembinaan dan keraian (hospitality).

    Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkaitan perkara itu.

    Sementara itu, Razarudin juga berkata, polis menitikberatkan kerjasama antarabangsa dalam membanteras aktiviti pengedaran dadah.

    ALSO READ:  Selepas utus surat kepada PM, KPM temui keluarga Shivaani

    Katanya, komitmen itu dapat dilihat melalui penglibatan Malaysia dengan agensi seperti Pejabat Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC), DEA dan Polis Persekutuan Australia (AFP).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts