Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBot terbalik: Seorang mangsa tragedi meninggal dunia

    Bot terbalik: Seorang mangsa tragedi meninggal dunia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Seorang mangsa kejadian bot terbalik di Pantai Teluk Batik, Seri Manjung semalam, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, di Ipoh pagi ini.

    Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata polis menerima laporan bahawa Nurulafiqah Abdullah Sani, 34, meninggal dunia pada pukul 4.58 pagi.

    Beliau berkata laporan polis dibuat oleh suami Nurulafiqah pada pukul 6.05 pagi.

    “Pemeriksaan fizikal yang dilakukan oleh kakitangan jururawat Hospital Seri Manjung mendapati tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Semalam, sembilan individu termasuk tujuh pelancong warga tempatan berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Pantai Teluk Batik kira-kira sembilan meter dari pesisir pantai.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon dalam kenyataan semalam memaklumkan, dua mangsa terpaksa diberikan rawatan kecemasan iaitu seorang mangsa lelaki berusia 17 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) dan Nurulafiqah.

    Nurulafiqah kemudiannya dibawa ke Hospital Seri Manjung dan dirawat di Zon Merah.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts