Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBuang masa sahut cabaran berdebat dengan Najib, kata Ramkarpal

    Buang masa sahut cabaran berdebat dengan Najib, kata Ramkarpal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menyifatkan adalah membuang masa bagi menyahut cabaran untuk berdebat dengan Najib Razak yang didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International.

    Dalam satu kenyataan hari ini, bekas timbalan Menteri undang-undang itu, berkata, tidak ada gunanya berdebat dengan Najib kerana keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan memutuskan dia bersalah. Malah, katanya Lembaga Pengampunan turut mengekalkan sabitan kesalahan itu.

    “Oleh itu, sebarang perdebatan, sama ada dengan saya atau sesiapa sahaja, tidak akan mengubah fakta bahawa Najib kekal sebagai banduan dan sabitan kesalahnannya adalah selamat.

    “Oleh demikian, adalah bijak bagi Najib untuk berhenti mengeluarkan cabaran yang tidak masuk akal untuk berdebat dengan orang lain, yang hasilnya, tidak akan ada beza dengan nasibnya.

    “Oleh itu, ia hanya membuang masa untuk menyahut cabaran yang tidak masuk akal ini,” katanya.

    Semalam, wakil kepada bekas perdana Menteri itu mencabar mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pengurangan hukuman terhadap Najib untuk berdebat secara terbuka berkaitan kes SRC International.

    Ramkarpal, Tony Pua dan Mohammed Hanipa Maidin sebelum ini mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman Najib dari penjara 12 tahun kepada enam tahun dan denda daripada RM120 juta kepada RM50 juta.

    Mereka antara lain membangkitkan kenyataan seorang hakim ketika perbicaraan yang menyifatkan kes itu sebagai memalukan negara.

    Bagaimanapun, wakil Najib itu mendakwa pihak yang mengkritik Najib mengabaikan dakwaan kejanggalan dalam perbicaraan yang menyebabkan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli ketika permohonan semakan Najib di Mahkamah Persekutuan, menyatakan dia berada dalam situasi yang tidak adil ketika proses rayuan dan wajar dibebaskan.

    Mengulas lanjut, Ramkarpal berkata, jelas sekali Najib mahu menggunakan dirinya untuk kekal relevan dengan mencabarnya dalam perbahasan tersebut.

    ALSO READ:  Porfolio Menteri KPDN diisi tak lama lagi

    “Saya tidak akan membiarkan diri saya dipergunakan dengan aksi publisiti murahan beliau ini.

    “Kasihan melihat Najib dalam keadaan terdesak. Mungkin lebih baik dia memanfaatkan masa di penjara sekarang dengan bermuhasabah diri dan bertaubat,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts