Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Buka buka Felda, MRSM untuk Orang Asli'

    ‘Buka buka Felda, MRSM untuk Orang Asli’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor mencadangkan kerajaan mewujudkan sebuah Felda khas untuk Orang Asli bagi memperkasakan sosio ekonomi masyarakat itu.

    Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata, ini kerana Felda telah terbukti berjaya dalam mengangkat sosio ekonomi orang Melayu di kawasan luar bandar.

    “Felda kita tengok berjaya membangkitkan sosio ekonomi orang Melayu, bukalah satu Felda Orang Asli dan yang sedang diusahakan Negeri Pahang.

    “Jika berjaya (buka Felda Orang Asli), Negeri Perak, dan Negeri banyak orang Asli bukalah (Felda Orang Asli),” katanya ketika ditemui di Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) di Pusat Perdagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini.

    Pada kongres berkenaan, Ramli turut membentangkan hasil sesi libat urus bagi pemerkasaan masyarakat Orang Asli.

    Dalam pada itu, Ramli menyarankan Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim dengan sokongan dua pertiga ahli parlimen di Dewan Rakyat melakukan pindaan Perlembagaan bagi membela dan memperkasakan Orang Asli.

    Katanya banyak isu termasuk soal tanah adat gagal mendapat pembelaan sewajarnya tanpa melakukan pindaan kepada Perlembagaan.

    Menyentuh aspek pendidikan, dia berharap lebih ramai anak Orang Asli diberi peluang melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta sekolah berasrama penuh.

    “Bukalah pintu MRSM kepada kami tak banyak satu peratus saja, tak satu peratus 0.5 peratus. Bagi Orang Asli (melanjutkan pelajaran) di MRSM…di sekolah asrama penuh,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts