Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBuka sementara UiTM untuk doktor bukan bumiputera, kata Ibrahim

    Buka sementara UiTM untuk doktor bukan bumiputera, kata Ibrahim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang mantan pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyatakan sokongannya agar institusi pengajian tinggi (IPT) itu membuka sementara ruang untuk pegawai perubatan bukan bumiputera menyabung pengajian ke peringkat pakar dalam bidang pembezahan kardiotoraks.

    Menurut Ibrahim Shah Abu Shah, ketika ini UiTM satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.

    Justeru katanya UiTM tidak boleh membiarkan pelajar berkenaan terkontang-kanting.

    “Ini adalah demi kepentingan negara yang kekurangan doktor pakar dalam bidang ini (kardiotoraks).

    Tambah Ibrahim jika IPT terbabit tidak mengubah pendiriannya, akan timbul masalah dari aspek kualiti doktor dalam bidang berkenaan kerana mereka memiliki sijil dari luar negara yang tidak diiktiraf di sini.

    “Hal ini melibatkan nyawa orang awam, justeru mereka (pegawai perubatan tempatan) harus dilatih ikut silibus yang betul,” katanya.

    Ibrahim sebelum ini menentang keras usaha-usaha untuk pengiktirafan program parallel pathway yang bersandarkan silibus Royal College of Surgeons of Edinburgh (FRCS Ed) dengan menyifatkan program tersebut sebagai “haram”.

    Bekas naib Canselor UiTM itu turut mendakwa kelayakan FRCS Ed “tidak diiktiraf oleh Royal College of Surgeons of Edinburgh” sendiri.

    Masih mahu sekolah vernakular

    Dakwanya ada 14 bidang yang ditawarkan dalam program tersebut bagi memberikan latihan kepada pakar-pakar tetapi tidak mengikuti landasan sistem pendidikan sepatutnya.

    Latihan tersebut, kata bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu, dijalankan oleh persatuan yang tidak didaftar secara sah sebagai penyedia pendidikan tinggi.

    “Edinburg juga tidak iktiraf mereka. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Majlis Perubatan Malaysia (MMC), dan Agensi Kelayakan Malaysia juga tidak iktiraf mereka,” katanya.

    Pada 15 Mei lalu, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM menyeru mahasiswa di universiti berkenaan memakai pakaian hitam sebagai membantah rancangan membuka IPT terbabit kepada pelajar bukan bumiputera.

    ALSO READ:  'Tindakan tak rasional' - Pemuda PH kecam serangan bom di KK Mart

    Mereka turut meminta mahasiswa memuat naik gambar bersama tanda pagar #MahasiswaUiTMBantah di platform media sosial sebagai menyokong kempen yang dilancarkan itu.

    Penentangan ini timbul apabila timbul cadangan agar UiTM membuka pintu kepada untuk latihan teknikal pakar jantung melalui program parallel pathway kepada pegawai perubatan bukan bumiputera.

    Langkah tersebut dirancang hanya untuk sementara waktu sehingga pogram sama ditawarkan di UM.

    Ketika ini hanya tujuh pegawai perubatan bukan bumiputera yang dicadangkan membuat pengajian lanjutan di UiTM dalam bidang pembezahan kardiotoraks.

    Dia juga menganggap rasa marah atau kurang senang sesetengah orang Melayu dalam isu itu sebagai berasas.

    Hal itu kerana, katanya, orang Melayu berasa mereka kini semakin ditekan untuk melepaskan hak bangsa sendiri sedangkan rakyat bukan bumiputera masih tidak berintegrasi sepenuhnya di negara ini.

    “Orang bukan bumiputera suruh semua masyarakat (termasuk Melayu) bergerak ke hadapan sedangkan mereka masih mahu sekolah vernakular dikekalkan.

    “Mereka tidak fasih berbahasa Melayu walau sudah duduk berpuluh tahun di negara ini, enggan bercampur dengan orang Melayu….

    “Kita (orang Melayu) tak rasis, tapi mereka yang rasis,” katanya.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts