Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBukan anti maha kaya, kata Anwar

    Bukan anti maha kaya, kata Anwar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan ungkapan “maha kaya” yang disebutnya dalam Belanjawan 2024 pada Jumaat lepas, dengan mengatakan dia bukan bersikap anti terhadap golongan itu.

    Sebaliknya, perdana Menteri menegaskan, kerajaan hanya berhasrat mengurangkan subsidi untuk 10 peratus golongan kaya di Malaysia kerana mereka tidak memerlukan “sedekah” untuk terus hidup.

    “Bukan soal anti maha kaya. Bukan (minta) cukai tambahan daripada mereka.

    “Maksud ialah subsidi itu tidak pada golongan maha kaya, itu saja.

    “Macam Tabung Haji, kita bagi subsidi kepada rakyat. Tapi kalau pendapatan dia RM100,000 sebulan ke atas, subsidi itu tak patut diberi kepada dia. Itu maksud saya,” katanya di Dewan Rakyat pagi ini.

    Anwar (Pakatan Harapan-Tambun) berkata demikian semasa Sesi Soal Jawab Perdana Menteri di Parlimen, di mana dia menjawab soalan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berhubung isu harga telur dan ayam.

    Semalam, ketua pembangkang Hamzah Zainudin, Rosol dan beberapa ahli parlimen PN lain menempelak ungkapan “maha kaya” yang disebut perdana Menteri dalam ucapan belanjawan baru-baru ini.

    Hamzah dan Rosol berkata penggunaan naratif maha kaya memberi tanggapan negatif terhadap golongan kaya di negara ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,250FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts