Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Bukan kualiti bahas kami kurang isi, tapi Pua mahu alih tumpuan'

    ‘Bukan kualiti bahas kami kurang isi, tapi Pua mahu alih tumpuan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kenyataan bekas ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung dakwaannya bahawa kualiti perbahasan di kalangan wakil rakyat pembangkang hari ini, masih ‘kurang isi’.

    Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata penilaian Pua menunjukkan dia tidak sepenuhnya mengikuti perbahasan di Dewan Rakyat.

    Tuan Ibrahim Tuan Man

    “Banyak isu besar dibangkitkan berkait ekonomi, pelaburan, perubahan iklim, impak penyusutan ringgit, dan banyak lagi.

    “Mereka hanya mahu mendapatkan penjelasan daripada kerajaan berkaitan isu 3R,” katanya yang dipetik oleh portal berita FMT, merujuk kepada isu berkaitan agama, bangsa, dan raja.

    Bagi Tuan Ibrahim apa yang diperkatakan Pua sebenarnya adalah bertujuan mengalih tumpuan terhadap kontroversi yang dicetuskan pemimpin parti itu, Ngeh Koo Ham yang baru-baru ini terpaksa memohon maaf atas cadangannya agar pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

    Pua (kanan) bersama Ong Kian Ming

    Semalam, dalam sebuah podcast yang dihoskan oleh seorang lagi rakannya dalam DAP, Ong Kian Ming, Pua dilaporkan berkata isu-isu yang dibangkitkan di parlimen lebih baik ketika PH menjadi pembangkang.

    “Salah satu perkara paling ketara anda lihat hari ini dalam perbahasan di parlimen, bukanlah saya mengikuti dengan sangat dekat, adalah benar-benar hampir tiada isi pada perbahasan dalam kalangan wakil-wakil pembangkang.

    “Isu-isu dan topik (yang dibangkitkan ahli parlimen pembangkang) sentiasa bersifat satu dimensi – (contohnya) tentang kaum, agama, arak dan pakaian.

    “Mentadbir negara melibatkan banyak perkara-perkara lain dan anda hanya mahu cakap tentang kaum, penggunaan bahasa, isu-isu agama, arak dan pakaian.

    “Itu sahajakah anda boleh cakap,” soal Pua.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts