Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBukit Aman tolak dakwaan 'istana terkait' serangan terhadap pemain bola

    Bukit Aman tolak dakwaan ‘istana terkait’ serangan terhadap pemain bola

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis menolak dakwaan yang dikongsi di media sosial mengenai dakwaan kaitan pihak istana di sebalik serangan terhadap tiga pemain bola sepak tempatan – Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.

    Bercakap kepada pemberita, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata sekurang-kurangnya satu akaun media sosial yang berkongsi dakwaan sedemikian, didapati sebagai profil palsu.

    “Kami memantau (situasi). Kami tidak ada jumlah (akaun palsu) pada masa ini sebab kadang-kadang ada (muncul) selepas itu sudah tiada.

    “Kita akan meminta bantuan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk bantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) (dalam mengenalpasti pemilik-pemilik akaun media sosial ini),” kata Shuhaily semasa sidang media di Bukit Aman hari ini.

    Terdahulu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain dilaporkan berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti seorang pemilik media sosial yang dikenali sebagai Muhammad Suresh Imran berhubung kenyataannya mengenai serangan asid ke atas tonggak skuad Harimau Malaya, Muhammad Faisal Abdul Halim.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts