Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBulan Kebangsaan: Satu rumah sehelai Jalur Gemilang - Fahmi

    Bulan Kebangsaan: Satu rumah sehelai Jalur Gemilang – Fahmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Komunikasi akan mengetengahkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG), bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan, tahun ini.

    Menterinya Fahmi Fadzil berkata usaha mengibarkan bendera Jalur Gemilang, perlu bermula dari rumah yang menjadi tempat paling selamat untuk diduduki keluarga tersayang.

    Beliau berkata perkara ini penting, kerana Jalur Gemilang merupakan simbolik kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia, yang mana ia akan dikibarkan pada setiap detik kejayaan yang ditempa di seluruh dunia.

    “Amalan mengibarkan Jalur Gemilang terutamanya ketika sambutan Bulan Kebangsaan, perlu sentiasa dipergiat.

    “…saya turut mengingatkan semua pihak untuk mengibarkan Jalur Gemilang yang sempurna, iaitu bendera yang tidak koyak, tidak uzur dan tidak lusuh, kerana ia adalah gambaran sebagai warganegara bertanggungjawab dan cintakan negara,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Ekspresi Bulan Kebangsaan di ibu negara semalam.

    Fahmi berkata program Ekspresi Bulan Kebangsaan itu, yang turut dilaksanakan secara serentak di Penampang, Sabah dan Kuching, Sarawak merupakan pendekatan kerajaan untuk memastikan usaha menyemarakkan perasaan cintakan negara, dapat meresapi rakyat di pelbagai peringkat.

    Antara aktiviti yang menjadi pengisian program itu ialah pameran kenegaraan, persembahan kesenian, reruai foto, pertandingan mewarna kanak-kanak dan segmen ekspresi merdeka dan pameran miniatur berkonsepkan kemerdekaan, permainan tradisional dan busana tradisional.

    Fahmi berkata bagi menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan, pihaknya turut menerbitkan Kompilasi Lagu Patriotik dan Perpaduan, yang mengandungi 22 lagu yang boleh dimuat turun secara percuma di portal rasmi Merdeka360.

    “Saya berharap kompilasi lagu ini, dimanfaatkan di sekolah-sekolah dan Komuniti Madani bersempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia, agar kita dapat meraikan suasana itu dengan keadaan aman dan damai bersatu padu, sambil diiringi azam baru untuk membangunkan negara,” katanya.

    ALSO READ:  Exco Pemuda Amanah sahkan tawar diri ketuai sayap parti

    Berhubung Komuniti Madani pula, Fahmi menyifatkan penubuhan platform itu di bawah Jabatan Penerangan (JaPen), sebagai barisan hadapan untuk meningkatkan kefahaman mengenai usaha kerajaan dalam memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

    Beliau berkata ini termasuk usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat serta pendekatan bagi menangani isu 3R, fitnah dan berita palsu yang berlaku dalam negara.

    “Kita sudah aturkan pelbagai program untuk 1,878 Komuniti Madani ini yang akan dikendalikan oleh pegawai-pegawai daerah, bagi memastikan mesej kerajaan sampai ke peringkat akar umbi,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts