Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBumbung runtuh, lima lelaki cedera

    Bumbung runtuh, lima lelaki cedera

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lima pekerja pemasangan panel solar cedera ringan selepas bumbung sebuah bangunan di Pusat Komersial Oakland di Seremban, runtuh tengah hari tadi.

    Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Pegawai Bomba Kanan I Harzizi Hashim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian membabitkan lima lelaki warga tempatan itu pada 1.05 tengah hari.

    “Kejadian itu melibatkan runtuhan bumbung bangunan berukuran 20×100 kaki persegi (1.8×9.2 meter persegi) di bahagian premis yang dalam proses pemasangan sistem solar.

    “Semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata pasukan bomba melakukan pemantauan bagi memastikan kawasan tersebut selamat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts