Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBuruh bunuh rakan dengan periuk nasi terlepas tali gantung

    Buruh bunuh rakan dengan periuk nasi terlepas tali gantung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki warga Bangladesh yang pada mulanya dijatuhi hukuman mati atas kesalahan membunuh rakan serumah, terselamat daripada tali gantung selepas dakwaan pada 2018 itu dipinda kepada membunuh tanpa niat.

    Mohammad Jobi Ullah, 44, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan selepas dia mengaku bersalah membunuh tanpa niat mangsa, Minto.

    Panel yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Mary Lim Thiam Suan serta Abu Bakar Jais memerintahkan Mohammad Jobi menjalani hukuman itu dari tarikh dia tangkap iaitu 28 Mac 2018.

    Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Abang Iskandar mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas tertuduh dan menggantikannya dengan hukuman penjara 13 tahun.

    Terdahulu, peguam yang dilantik mahkamah, K Simon Murali, memberitahu mahkamah pihak pendakwaan menerima representasi anak guamnya agar pertuduhan asal dipinda.

    Hal itu kemudian disahkan oleh timbalan pendakwa raya Mohd Fairuz Johari.

    Pada 29 Jun 2020, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjatuhkan hukuman mati ke atas Mohammad Jobi selepas disabitkan kesalahan membunuh rakan senegaranya itu di sebuah rumah di Jalan Megat Harun, Taman Jasa, Bukit Mertajam.

    Kejadian itu berlaku pada jam 11.15 pagi, 25 Sept 2018.

    Mengikut fakta kes, insiden itu tercetus selepas berlaku pertengkaran mulut dan fizikal di antara tertuduh dan si mati di dapur kediaman mereka kerana periuk milik si mati menghalang kabinet dapur.

    Mohammad Jobi – yang bekerja sebagai buruh – mengetuk kepala Minto dengan periuk nasi dan periuk kari, selain menumbuknya.

    Minto yang tidak sedarkan diri kemudian dibawa ke hospital. Mangsa mengalami kecederaan dalaman di bahagian kepala dan meninggal dunia pada 28 Mac 2018.

    ALSO READ:  'Datuk Wira' didakwa tipu mangsa pelaburan hampir RM1 bilion

    Dalam rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara, Murali berkata anak guamnya menyesal dan turut telah mengunjungi si mati di hospital untuk memohon maaf.

    Dia memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lapan tahun dengan menyatakan bahawa perbuatan anak guamnya itu tidak dirancang tetapi ia berlaku dalam keadaan tegang ketika itu.

    Bagaimanapun, Mohd Fairuz berkata hukuman penjara yang sepatutnya adalah antara 15 hingga 20 tahun.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts