Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, July 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesCAAM sahkan penerbangan MH2554 ke Tawau berpatah balik

    CAAM sahkan penerbangan MH2554 ke Tawau berpatah balik

    -

    Shopee CNY Sale

    Penerbangan Malaysia Airlines MH2664 ke Tawau berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

    Datuk Kapten Norazman Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, memberitahu Bernama bahawa CAAM telah menerima laporan daripada Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) mengenai insiden tersebut.

    “Saya telah menerima laporan daripada ATC. Laporan yang diterima menyatakan pesawat berpatah balik dan ‘tiada kejadian susulan’.” kata beliau.

    “Syarikat akan membuat laporan terperinci dalam masa 48 jam kepada CAAM,” tambahnya.

    Maklumat yang dipaparkan di laman web www.flightaware.com menunjukkan bahawa penerbangan MH2664 berlepas pada pukul 2.45 petang sebelum memutuskan untuk berpatah balik ke KLIA.

    Pesawat tersebut dilaporkan berlegar-legar di ruang udara di Pahang sebelum mendarat di KLIA pada pukul 5.07 petang.

    Hingga jam 8.30 malam, MAS (Malaysia Airlines) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan insiden tersebut.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts