Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCadangan gubal akta parlimen berpenggal tetap masih dalam kajian - Azalina

    Cadangan gubal akta parlimen berpenggal tetap masih dalam kajian – Azalina

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cadangan untuk menggubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap masih dalam peringkat kajian terperinci, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

    Beliau berkata kajian yang dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) itu termasuk kajian impak yang turut mengambil kira pandangan hasil sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan orang awam berkenaan pengenalan akta itu.

    “Dapatan kajian menyeluruh ini akan diguna pakai bagi pertimbangan dasar oleh Jemaah Menteri kelak,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen.

    Azalina menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang menggubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap bagi menghalang tindakan lompat parti yang boleh menggugat kestabilan politik di Malaysia.

    Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat banyak negara mengamalkan Parlimen berpenggal tetap dengan garis masa yang dipersetujui untuk pilihan raya demi menjamin kestabilan politik dan ekonomi serta untuk menghalang sebarang cubaan rampasan kuasa yang memudaratkan sistem demokrasi berparlimen negara.

    Selain itu, Azalina berkata Parlimen berpenggal tetap juga boleh memastikan segala agenda reformasi dan polisi dapat dilaksanakan secara berterusan tanpa gangguan.

    “Malaysia mempunyai penetapan tempoh Parlimen iaitu lima tahun sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan.

    “Bagaimanapun, Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk meminta Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen sebelum penamatan tempoh lima tahun pada bila-bila masa untuk apa-apa alasan, sekiranya juga dipersetujui oleh Seri Paduka Baginda,” katanya.

    Sementara itu, dalam jawapan berasingan mengenai cabaran kerajaan dalam meneliti cadangan akta berkenaan, Azalina berkata buat masa ini, tiada cabaran dikenal pasti memandangkan ia masih di peringkat kajian terperinci.

    ALSO READ:  'Tanah runtuh di Batang Kali bukan kerana faktor manusia'

    Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) yang ingin tahu cabaran kerajaan dalam meneliti cadangan akta terbabit demi memperkasakan institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts