Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCaj QR DuitNow: Bank Negara sertai mesyuarat Naccol Selasa ini

    Caj QR DuitNow: Bank Negara sertai mesyuarat Naccol Selasa ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Caj transaksi QR DuitNow akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) pada Selasa ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh.
    Katanya mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan turut disertai wakil Bank Negara Malaysia (BNM) yang menjadi tunjang kawal selia perbankan negara.
    “DuitNow QR ini ada 1.874 juta pengguna yang menggunakan platform ini (untuk transaksi tanpa tunai).
    “Bayangkan ada hampir 1.9 juta pengguna yang gunakan DuitNow ini, berapa banyak keuntungan kepada bank. Kita (KPDN) takut ada kesan kepada pengguna,” katanya.
    Fuziah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Jualan Rahmah peringkat Melaka yang turut dihadiri Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Allex Seah Shoo Chin dan Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar di Dataran Sejarah Ayer Keroh hari ini.
    Kata senator itu caj transaksi bagi penggunaan platform berkenaan dikhuatiri akan merencatkan program digitalisasi negara sebagaimana yang dirangka dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
    Dia berkata KPDN sebelum ini mengadakan program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI), bagi membantu pengurusan perniagaan pengusaha kecil, terutama dalam memudahkan pengguna dengan mempelbagaikan kaedah pembayaran secara digital.
    “Kerajaan khuatir peniaga-peniaga (kecil dan mikro), dahlah susah mereka nak sertai (program ReDI), kita khuatir peniaga-peniaga ini nanti akan terkesan pula (dengan caj transaksi), dan akan merencatkan program digitalisasi seperti yang dikehendaki kerajaan dalam RMK12 dan pengguna akan menyerap kos tersebut,” katanya.
    Fuziah berkata setakat ini hanya tiga bank iaitu Public Bank, Maybank dan CIMB bersetuju untuk tidak mengenakan caj transaksi buat masa sekarang.
    Sementara itu dia berkata orang ramai boleh mendapatkan bekalan beras tempatan menerusi Jualan Agro Madani, pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), manakala beras import bersubsidi menerusi Jualan Rahmah.
    Fuziah berkata, orang ramai boleh menyemak senarai pusat jualan itu menerusi laman sesawang KPDN dan Fama untuk maklumat lanjut. – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts