DAP belum lagi memutuskan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei ini, kata setiausaha agung parti Anthony Loke.
Namun, katanya, beberapa calon telah disenarai pendek.
“Kita belum tentukan lagi. Calon nanti akan dibincangkan lagi.
“Kita ada beberapa calon sudah disenarai pendek,” katanya kepada pemberita di peringatan ulang tahun kematian ke-10 Karpal Singh malam tadi.
Kerusi DUN KKB kosong berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac.
Lee, 58, yang menjadi Adun KKB sejak 2013, mengekalkan kerusi itu untuk Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya Negeri tahun lepas.
Sementara itu, Loke berkata, pengundian calon masih dalam perbincangan.
Ketika ditanya sama ada khabar angin DAP meletakkan calon Melayu di KKB, dia berkata, “Sesiapa saja boleh dipertimbangkan.”
Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor Saripah Bakar antara yang dispekulasi akan diletak sebagai calon kerana popularitinya di kalangan akar umbi.
DUN KKB terdiri daripada 46 peratus pengundi Melayu, diikuti Cina (39 peratus), India (18 peratus), dan lain-lain (enam peratus).