Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCalon Pelangai tak minat debat

    Calon Pelangai tak minat debat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    PRK PELANGAI | Tiada perdebatan terbuka antara calon yang bertanding bagi kerusi DUN Pelangai.

    Ketika dihubungi Malaysiakini, dua daripada calon berkata mereka tidak cenderung untuk melibatkan satu sama lain dalam debat manakala seorang lagi berkata dia perlu menyemak dengan kepimpinan partinya.

    Calon PAS Kasim Samat yang mewakili PN, berkata dia tidak perlu berdebat dengan wakil BN Amizar Abu Adam kerana mereka berdua berasal dari kampung yang sama.

    “Alamak ai. (Amizar) orang kampung saya, tak payah berdebat,” katanya ketika ditemui di pasar malam di Felda Chemomoi awal petang tadi.

    Kasim dan Amizar, kedua-duanya penduduk tempatan Chemomoi, dianggap pencabar utama dalam pertandingan tiga penjuru bagi kerusi DUN Pelangai di Bentong, Pahang.

    Calon ketiga ialah Haslihelmy DM Zulhasli, ahli perniagaan dan pemimpin NGO dari Kampung Bukit Gajah di Pelangai, yang bertanding sebagai calon bebas.

    Ketika berdepan dengan soalan sama tentang menyertai perbahasan calon, Amizar (gambar, bawah) berkata dia mahu memikirkannya terlebih dahulu.

    “Kalau debat tu kita kena jawab kemudian.

    “Saya bergantung kepada situasi pucuk kepimpinan kalau izin, sebab kita berlandaskan parti. Insya Allah,” katanya.

    Haslihelmy (gambar, bawah) pula berkongsi sentimen Kasim berhubung perkara itu.

    Bekas anggota Pemuda Umno Bentong itu berkata dia lebih suka menumpukan kempennya untuk memperkenalkan diri dan rancangannya untuk Pelangai kepada pengundi.

    “Saya sebenarnya nak cerita tentang saya je.

    “Saya tak kisah pun debat ni.

    “Saya nak terus dekati pengundi rumah ke rumah, tak perlu debat,” katanya.

    Untuk rekod, Malaysia menyaksikan debat pilihan raya pertamanya antara calon pada 2019 apabila Bersih menganjurkan sesi untuk pilihan raya kecil Cameron Highlands dengan PH dan dua calon bebas muncul. BN tidak menerima pelawaan itu.

    ALSO READ:  Op HRA: Anggota JPJ ‘tangkap’ pemandu bas buat siaran langsung TikTok

    Sejak itu, terdapat usaha Bersih dan lain-lain untuk menjadikan aktiviti sedemikian sebagai budaya dalam pilihan raya Malaysia, tetapi banyak calon dan parti yang menolak idea tersebut.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts