Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCalon PN ajak hadirin ceramah sedekah al-Fatihah buat Salahuddin

    Calon PN ajak hadirin ceramah sedekah al-Fatihah buat Salahuddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Calon PN untuk DUN Simpang Jeram, Dr Mohd Mazri Yahya, memberhentikan seketika ucapan kempennya malam tadi sebelum meminta kesemua hadirin membaca al-Fatihah buat bekas penyandang kerusi itu, Allahyarham Salahuddin Ayub.

    PRK Simpang Jeram dan Pulai yang diadakan ini disebabkan oleh kematian penyandangnya yang juga sahabat saya Datuk Seri Salahuddin Ayub.

    “Saya rasa elok juga pada malam ini kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada beliau,” katanya semasa berceramah di markas PAS Kawasan Bakri, Muar malam tadi.

    Pada 23 Julai lalu, Salahuddin yang juga Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

    Allahyarham yang juga Ahli Parlimen Pulai dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira jam 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar dan meninggal dunia.

    Ekoran itu, PRK DUN Simpang Jeram dan Parimen Pulai diadakan 9 Sept ini.

    Menyambung ucapannya Mohd Mazri mendedahkan dia tidak pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi calon bagi kerusi DUN Simpang Jeram sehinggalah dihubungi oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan pada Sabtu lalu.

    Hal itu kerana, katanya, dia disibukkan dengan tugas sebagai doktor perubatan.

    Katanya Takiyuddin memberitahu bahawa namanya dipersetujui pimpinan parti untuk dipilih sebagai calon.

    Mohd Mazri berkata pada awalnya dia agak keberatan untuk menerima tanggungjawab tersebut namun atas dasar disiplin kepada parti akhirnya dia akur.

    “Saya tanyakan kepada Datuk Takiyuddin sama ada ini merupakan permintaan pimpinan parti atau pun ia merupakan arahan pimpinan parti.

    “Datuk kata ini merupakan arahan. Kalau arahan saya terpaksa menerimanya tetapi kalau ianya merupakan permintaan saya mohon untuk pilih orang lain.

    ALSO READ:  Fahmi ingatkan Syed Saddiq jangan hipokrit

    “Kami dalam PAS mempunyai satu disiplin, jawatan tidak diminta tetapi apabila diberikan amanah insya-Allah kami akan cuma melaksanakan amanah yang diberikan,” katanya.

    Jelas Mohd Mazri, dia juga menerima tawaran terbabit atas dasar mahu menyebarkan perpaduan.

    “Bukan perpaduan yang diucapkan setengah pihak tetapi perpaduan yang dilahirkan daripada hati-hati kita.

    “Jadi, perpaduan inilah yang kita ingin sampaikan kepada sahabat-sahabat kita di Johor iaitu dalam kalangan ahli Umno, pimpinan Umno yang inginkan Muafakat Nasional dan PN ini dapat menjadi satu ikatan yang baru, yang dapat memimpin negara ini dengan lebih stabil pada masa hadapan,” tambahnya.

    PRK N13 DUN Simpang Jeram menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Mazri dengan calon PH, Nazri Abdul Rahman dan seorang calon bebas, S Jeganathan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts