Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCalon PN gesa tenang di sebalik kepala babi dijumpai di bilik gerakan

    Calon PN gesa tenang di sebalik kepala babi dijumpai di bilik gerakan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) di Juasseh, Kuala Pilah dikejutkan dengan penemuan kepala babi yang diletakkan di atas bendera gabungan itu di hadapan bilik gerakannya. Calon PN DUN Juasseh, Eddin Syazlee Shith berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Ketua Bersatu Kuala Pilah itu mendakwa terdapat kejadian sama berlaku membabitkan sebuah kediaman seorang pegawainya. Laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu dan ketua polis daerah Kuala Pilah Amran Mohd Ghani berkata kes itu sedang disiasat.

    Bercakap kepada pemberita, Eddin enggan menuding jari sambil menyatakan bahawa sensitiviti semua pihak harus dijaga. “Dalam politik macam itulah kan, kita sudah menjangkakan lebih teruk daripada itu pun mungkin berlaku. Tetapi tidak mengapalah kita kekal tenang, saya ingat ini mungkin tindakan-tindakan untuk mengalihkan tumpuan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang tinggal berbaki dua tiga hari sahaja. “Ia juga mungkin tindakan orang terdesak dan kita anggap ini sebahagian daripada cabaran. Kita tak boleh tuduh sesiapa sebab kita nak jaga sensitiviti banyak pihak,” katanya yang dipetik oleh Astro Awani.

    Eddin turut menasihatkan jentera PN supaya kekal positif dan menjauhi politik tidak matang. “Dalam ceramah saya malam tadi, saya nasihatkan jentera parti kalau kita nampak bendera pihak lawan itu tumbang kita sama-sama naikkan. Kita mahu satu budaya politik yang sihat dan positif. “Sebab peredaran zaman dan pendekatan politik itu lebih matang, tetapi kalau ada sesetengah orang yang masih nak gunakan cara begini, itu sangat memalukan agama,bangsa dan juga masa depan anak-anak kita yang melihat perkara negatif dan tak sihat macam ini,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts