Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCalon PN ‘underdog’ ada kelebihan - Shamsuri

    Calon PN ‘underdog’ ada kelebihan – Shamsuri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Meskipun sesetengah pihak melabel calon PN sebagai ‘underdog’ di Kuala Kubu Bharu namun Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia akan memberi kelebihan kepada gabungan itu.

    Lebih susah mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya kecil daripada merampasnya, jelasnya.

    “Ada kelebihan bila turun sebagai underdog. Sama juga seperti dalam perlawanan bola, pemenang atau juara nak mempertahankan itu lebih sukar daripada merampas.

    “Kami sedar kita underdog tapi, dengan data-data yang ada dan kita susun strategik supaya kita mengenal pasti kelemahan kita daripada pengundian sebelum ini.

    “Momentum yang saya dapat hari ini daripada bilik gerakan dan pasukan kajian saya sendiri, kita mendapati kita boleh menang kalau kita boleh menyelesaikan isu-isu menghantui rakyat dan peratusan mengundi mesti agak tinggi terutama pengundi Melayu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perikatan Nasional bersama Masyarakat India di Liga Mas, Batang Kali, malam tadi.

    Samsuri berkata demikian ketika disoal pemberita apakah kelebihan calon PN Khairul Azhari Saut yang dilihat sesetengah pihak sebagai calon ‘underdog’ dalam PRK ini.

    Sementara itu, Shamsuri berkata pengalaman PAS menguruskan pengundi luar balik ketika pilihan raya Kelantan dan Terengganu akan membantu dalam gerak kerja PRK ini.

    “Masalah pengundi luar ini peratusan pengundi luar ini bukan tinggi berbanding kami di Kelantan dan Terengganu.

    “Kita ada pengalaman bagaimana berurusan dengan pengundi luar ini dan kemahiran itu kita gunakan itu mengajak pengundi luar.

    “Lagi mereka bukan berada jauh, di sekitar Kuala Lumpur sahaja,” katanya.

    Khairul dicabar oleh calon PH Pang Sock Tao, Hanizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

    Kuala Kubu Bharu merupakan kerusi campuran dengan pecahan pengundi Melayu sebanyak 46 peratus, Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) dan lain-lain (6 peratus).

    ALSO READ:  SKMM minta orang ramai padam video nahas heli

    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts