Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCalon PRK di Johor: Amanah mesyuarat pilih calon pada 10 Ogos

    Calon PRK di Johor: Amanah mesyuarat pilih calon pada 10 Ogos

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Parti Amanah Johor akan mengadakan mesyuarat khas sebelum 10 Ogos ini untuk menamakan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

    Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor Aminolhuda Hassan berkata pengurusan Amanah negeri telah mengadakan mesyuarat sebelum ini dan meminta pimpinan Pulai dan Bakri untuk mengemukakan senarai calon mereka.

    “Senarai nama calon akan dihantar kepada Amanah Nasional selepas itu. Keutamaan adalah calon pemimpin Johor dan mestilah daripada kalangan pimpinan yang terbaik di peringkat kawasan atau negeri.

    “Selain itu, mestilah berintegriti, mudah didekati oleh rakyat dan berjiwa rakyat serta mampu meneruskan agenda Rahmah peninggalan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub,” katanya ketika dihubungi Bernama di Johor Bahru hari ini.

    Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor berkata beliau yakin kedua-dua kerusi tersebut kekal milik parti itu berdasarkan prestasi baik Salahuddin sebagai wakil rakyat.

    “Selain Allahyarham yang sering turun ke lapangan, terdapat kakitangan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram dan Parlimen Pulai yang sangat komited mendekati rakyat serta membantu menyelesaikan masalah rakyat jika ada,” tambah Ahli Parlimen Sri Gading itu.

    Beliau turut berterima kasih atas sokongan dan dukungan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi laluan kepada Amanah kekal bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

    “Dari segi persiapan dan jentera parti, insya-Allah telah siap sedia dan saya yakin kerjasama daripada rakan-rakan Barisan Nasional Johor akan turut serta membantu memastikan kemenangan milik Kerajaan Perpaduan,” katanya.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept depan.

    ALSO READ:  Former Ikim DG Abdul Monir Receives the "Tokoh Ma'al Hijrah 2021"

    PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan ekoran kekosongan luar jangka berikutan kematian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts