Australia menunjukkan sokongan negara itu terhadap gencatan senjata kekal untuk konflik di Gaza, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa) yang mengutip kenyataan Menteri Luar Penny Wong.
“Pendirian kami adalah kami ingin melihat gencatan senjata yang mampan dan kami melihat gencatan senjata kemanusiaan antarabangsa, gencatan senjata kemanusiaan segera, sebagai langkah ke arah itu,” kata Wong sebelum berlepas ke Israel dan Jordan, Tebing Barat dan Emiriah Arab Bersatu hari ini.
Bagaimanapun, dia menekankan gencatan senjata itu tidak boleh memihak kepada hanya satu pihak, dan perlu dilaksanakan tanpa syarat.
Wong juga menggesa untuk akses selamat, tanpa halangan dan kekal untuk bantuan kemanusiaan dan perlindungan yang lebih baik untuk orang awam di Semenanjung Gaza.
Dia juga ingin menggunakan lawatannya ke rantau berkenaan untuk berusaha bagi penyelesaian konflik semasa dan keamanan berkekalan dalam bentuk penyelesaian dua negara.
– Bernama/dpa