Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCAP gesa k'jaan tak lagi benarkan kedai makan operasi 24 jam

    CAP gesa k’jaan tak lagi benarkan kedai makan operasi 24 jam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menghapuskan lesen operasi 24 jam untuk restoran bagi mengekang kesan buruk amalan makan lewat malam.

    Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata akses terhad untuk makan lewat malam adalah lebih sihat buat rakyat Malaysia, yang kini berada di kedudukan tertinggi dalam kadar obesiti dalam kalangan orang dewasa di Asia Tenggara.

    “Walaupun memendekkan waktu operasi untuk kedai makan tidak akan menyelesaikan sepenuhnya isu obesiti di Malaysia, ia akan membantu mengurangkan makan lewat malam dalam kalangan rakyat.

    “Ini seterusnya berpotensi untuk memupuk tabiat pemakanan yang lebih sihat dan menggalakkan tabiat tidur yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Mohideen membangkitkan obsesiti yang merupakan faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes jenis dua, penyakit kardiovaskular dan barah.

    Dia berkata penyelidikan menunjukkan mereka yang makan lewat malam lebihi 40 peratus daripada keperluan tenaga harian, yang mencetuskan faktor risiko ketara untuk obesiti.

    Menurutnya, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 30.4 peratus rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan manakala 19.7 peratus pula obes.

    Sementara itu, Mohideen berkata ketersediaan makanan dan minuman yang meluas selama 24 jam mempunyai implikasi yang ketara terhadap kesihatan mulut.

    “Akses mudah kepada makanan ringan dan minuman manis yang dihantar pada bila-bila masa menimbulkan ancaman berterusan kepada enamel gigi yang meningkatkan risiko kaviti dan jangkitan,” katanya.

    Selain itu, dia berkata kesihatan diburukkan lagi dengan nutrisi tidak seimbang apabila memakan makanan segera dan yang diproses.

    “Kerajaan perlu lebih serius dalam mengawal persekitaran yang menggalakkan obesiti, dengan mewajibkan semua kedai makanan ditutup pada tengah malam dan bukannya dibenarkan beroperasi 24 jam sehari.

    ALSO READ:  Gangguan seksual di kampus: Kumpulan siswa tuntut UM lebih tegas

    “Sementara itu, rakyat Malaysia perlu mengamalkan gaya hidup sihat secara sukarela dan meningkatkan kesedaran untuk mewujudkan negara yang sihat,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts