Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCeramah PN di Felda Chemomoi kurang sambutan

    Ceramah PN di Felda Chemomoi kurang sambutan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK PELANGAI | Perikatan Nasional (PN) dilihat gagal menembusi Felda Chemomoi dekat Bentong apabila ceramah mereka malam tadi kurang mendapat sambutan warga peneroka ataupun pengundi di kawasan itu.

    Berdasarkan pemerhatian, banyak kerusi yang disediakan penganjur untuk ceramah itu kosong.

    Ceramah kempen PRK DUN Pelangai itu diadakan berhadapan dengan tapak pasar malam Felda Chemomoi.

    Ceramah itu turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pimpinan utama PN.

    Selain Tuan Ibrahim, Adun Beserah Andansura Rabu; Adun Panching Mohd Tarmizi Yahya dan Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor antara panel pada ceramah itu.

    Ceramah yang dianjurkan PN itu berakhir kira-kira jam 11.30 malam.

    Seperti biasa, pemimpin PAS menggunakan isu kerjasama Umno dengan Pakatan Harapan (PH) yang turut ditunjangi DAP sebagai isu untuk menyerang BN.

    Felda Chemomoi merupakan kawasan kelahiran calon BN, Amizar Abu Adam.

    Difahamkan Felda Chemomoi merupakan salah satu kubu kuat BN dalam kawasan berkenaan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts