Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCeroboh kediaman Mb S'gor: Kertas siasatan dirujuk pada pendakwaan

    Ceroboh kediaman Mb S’gor: Kertas siasatan dirujuk pada pendakwaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kertas siasatan berhubung kejadian tiga pengamal media tempatan menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar (MB) Selangor, diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Negeri, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya berjaya menyelesaikan siasatan kes tersebut semalam, walaupun diberi tempoh reman yang singkat.

    “Mereka diberikan jaminan polis dan siasatan telah selesai dalam tempoh reman diberi itu. Esok (hari ini), kita akan rujuk kertas siasatan kepada TPR Selangor,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Kelmarin, Bernama melaporkan ketiga-tiga suspek berusia 31 hingga 35 tahun itu direman dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini, untuk disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

    Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 29 saat memaparkan tiga individu yang dipercayai menceroboh kediaman rasmi MB Selangor di Seksyen 7 di sini.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts