Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesChe Alias berkempen seperti dia yang bertanding

    Che Alias berkempen seperti dia yang bertanding

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK Kemaman l Walaupun tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi sejak PRU ke-14, bekas ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, tetap bekerja keras dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) kali ini.

    Malah menurutnya, dia tetap bersemangat dan turun berkempen seperti dirinya sendiri yang bertanding.

    “Kita dalam PAS ini tak timbul soal siapa calon itu semua, kita bekerja demi perjuangan walau siapa saja (jadi calon).

    “Yang pentingnya kita inginkan kemenangan. Sama saja (macam bertanding), keluar pagi balik malam, ceramah apa semua.

    “Sama saja, bezanya cuma batang tubuh (calon) berbeza,” katanya kepada Malaysiakini ketika mengiringi calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Samsuri Mokhtar berkempen di Kerteh, semalam.

    PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias pada PRU ke-15 lalu selepas mendapati wujudnya unsur rasuah.

    Dalam pengundian pada 2 Dis depan, Samsuri yang juga Menteri besar Terengganu dakan berdepan dengan calon BN, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang juga bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Seramai 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 pengundi tidak hadir luar negara.

    Sementara itu mengulas mengenai momentum sokongan terhadap Samsuri, Che Alias berkata respon rakyat tidak menunjukkan perubahan seperti mana situasi pada pilihan raya umum dan Negeri sebelum ini.

    Malah dia turut yakin kesibukan Samsuri yang terpaksa membahagikan masa untuk berkempen dan menguruskan Negeri tidak menjejaskan peluang kemenangan mereka.

    “Insya-Allah kalau tengok perkembangan kempen, respon rakyat itu masih lagi tak berubah seperti mana PRU-15 dan pilihan raya Negeri (PRN) lepas.

    ALSO READ:  Sistem Padu lindungi data pengguna - CSM

    “Saya rasa (kesibukan Samsuri) tak jejaskan kempen, sebab rakyat pun faham. Kita pun back-up, melibatkan semua pimpinan peringkat kawasan, jentera tetap berjalan lancar,” katanya yang juga yang dipertua PAS kawasan Kemaman.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts