Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesChina guna lebih 200 juta basikal bagi kurangkan pelepasan karbon

    China guna lebih 200 juta basikal bagi kurangkan pelepasan karbon

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    China kini memiliki lebih 200 juta basikal yang digunakan dalam usaha membantu negara ini mengurangkan pelepasan karbon, mengikut Persatuan Basikal China sempena Hari Berbasikal Sedunia pada Ahad, seperti yang dilaporkan oleh Xinhua.

    Penduduk bandar China menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sebanyak 30 peratus daripada 100 perjalanan mereka.

    Ini pada masa yang sama membantu mengurangkan pelepasan karbon sebanyak kira-kira 10,000 tan sehari di seluruh China, menurut kajian yang dijalankan oleh persatuan tersebut di lapan bandar, termasuk Beijing, Changsha dan Chengdu.

    Dengan bantuan data raya dan Internet Benda, tren perkongsian basikal, pengecasan pusat dan pertukaran bateri semakin popular di China.

    Penyedia perkhidmatan perkongsian basikal Hello Inc., berkata bilangan pengguna dan pesanan yang didaftarkan terus meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    – Bernama-Xinhua

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts