Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesChina sokong Palestin jadi anggota penuh Majlis Keselamatan PBB

    China sokong Palestin jadi anggota penuh Majlis Keselamatan PBB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    China menyokong keanggotaan penuh Palestin dalam PBB dan menyeru beberapa anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) supaya tidak menghalang proses itu, menurut Menteri Luar China Wang Yi, lapor Sputnik.

    “China dengan tegas menyokong hasrat rakyat Palestin untuk mendapatkan semula hak sah mereka dan sentiasa komited kepada penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap isu Palestin secepat mungkin,” katanya.

    Dia berkata demikian kepada pemberita di Moscow, Rusia semasa mesyuarat tahunan “dua sesi” badan-badan politik utama negara itu.

    Wang yang merujuk kepada pendudukan wilayah Palestin yang berterusan oleh Israel berkata masyarakat global tidak harus mengabaikan hakikat itu.

    Rakyat Palestin sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan diplomatik bagi negara mereka yang merdeka di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur yang sebahagiannya diduduki oleh Israel dan Semenanjung Gaza.

    Kerajaan Israel enggan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah entiti politik dan diplomatik yang bebas dan membina penempatan haram di kawasan yang diduduki walaupun dibantah oleh PBB.

    Palestin telah diberikan status negara pemerhati di Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2012.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts