Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesChow angkat sumpah KM Pulau Pinang

    Chow angkat sumpah KM Pulau Pinang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang Chow Kon Yeow telah mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk penggal kedua di Seri Mutiara, di George Town pada pagi ini.

    Chow, 65 tahun, yang juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, telah melafazkan sumpah memegang jawatan tersebut di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada pukul 9:35 pagi.


    Turut hadir dalam majlis tersebut Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Mohd Sayuthi Bakar serta barisan pimpinan PH dan Barisan Nasional (BN) negeri.

    Chow, yang sebelum ini telah diumumkan sebagai calon Ketua Menteri oleh PH jika parti itu memenangi pilihan raya, akan mengetuai Kerajaan Negeri Perpaduan selepas gabungan PH-BN itu memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

    Beliau berjaya memperoleh 8,261 undi dengan majoriti 7,116 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), H’ng Khoon Leng yang hanya mendapat 1,145 undi.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts