Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCikgu Intan Zulaikha dinobat penerima Anugerah Khas Inspirasi

    Cikgu Intan Zulaikha dinobat penerima Anugerah Khas Inspirasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usaha murni guru, Intan Zulaikha Jusoh, memotivasikan anak muridnya menamatkan larian 100 meter (m) dengan menggunakan tongkat disanjung apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Inspirasi pada Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) hari ini.

    Tindakan menyentuh hati guru Sekolah Kebangsaan Felda Lepar Utara 1, Jerantut, Pahang itu berlari bersama muridnya Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, yang kudung sebelah kaki hingga ke garisan penamat tular menerusi laman sosial baru-baru ini.

    Intan Zulaikha, 35, yang ditemani Muhammad Aqil hari ini menerima Anugerah Khas Inspirasi yang pertama kali diperkenalkan dalam APBN 2023 daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada majlis penganugerahan berkenaan di Putrajaya.

    Ditemui pemberita selepas APBN itu, Intan Zulaikha berkata beliau membantu Muhammad Aqil kerana muridnya itu meminati bidang sukan dan berhasrat menjadi atlet.

    “Kalau ikutkan dahulu dia (Muhammad Aqil) banyak tidak ikuti sukan kerana ketidakupayaan fizikal, tetapi apabila saya tanya dia nak bersukan atau tidak, dia jawab nak.

    “Sebagai guru dan anak murid berminat (untuk bersukan), saya akan cuba cungkil bakat murid supaya lebih menonjol,” katanya.

    Beliau berkata Muhammad Aqil kini menjalani latihan sukan selain menyertai Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA) atas dorongan pihak sekolah dan keluarganya.

    “Saya berterima kasih atas anugerah ini, sememangnya sebelum ini saya tidak tahu tindakan saya berlari dirakam… lepas dua hari baharu tahu ditularkan, ini semua spontan,” katanya.

    Sementara itu, Muhammad Aqil berkata dia berhasrat menjadi atlet kebangsaan dalam sukan bola sepak pada masa akan datang.

    “Saya ingin wakili negara nanti,” katanya yang bangga gurunya menerima anugerah khas inspirasi berkenaan.

    Muhammad Aqil yang merupakan murid Program Pendidikan Inklusif Penuh di sebuah sekolah rendah di Pahang kehilangan kaki kirinya akibat jangkitan kuman pada 2015.

    ALSO READ:  Shahril: Hujah 'asimilasi penuh' Dr M bertentangan dengan Perlembagaan

    APBN merupakan sebuah platform pengiktirafan tertinggi kepada sumbangan dan pencapaian belia yang dimulakan sejak 1988. APBN tahun ini mempertandingkan empat kategori anugerah utama, dua kategori anugerah khas dan lima kategori ikon belia.

    Antara penerima APBN tahun ini ialah Persatuan Belia Felda Kerteh 03 yang dinobatkan johan bagi kategori utama pertubuhan belia manakala Pengasas dan Presiden Majlis Belia Orang Kurang Upaya Mohd Faiz Shuhaimi dinobatkan ikon belia OKU.

    Pemain skuasy negara S. Sivasangari yang berjaya menyumbang pingat emas pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 turut dinobatkan sebagai penerima anugerah khas APBN.

    – Bernama


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts