Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Content' di media sosial perlu bermanfaat, tak langgar etika - Fadhlina

    ‘Content’ di media sosial perlu bermanfaat, tak langgar etika – Fadhlina

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan para guru menghasilkan kandungan di media sosial yang memberi manfaat, tidak melanggar garis panduan ditetapkan dan beretika.

    Menterinya Fadhlina Sidek berkata kandungan itu boleh dibuat dalam bentuk untuk memberikan pendidikan seperti membantu meningkatkan kefahaman terhadap subjek tertentu untuk murid dan kesedaran berkaitan dengan pembelajaran.

    “Bagaimanapun garis panduan (sedia ada di peringkat KPM) mesti dipatuhi oleh semua guru,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jaulah Ramadan KPM Tahun 2024 Peringkat Negeri Perak di Sekolah Raja Perempuan Taayah di Ipoh hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) Rafiq Razali hari ini yang mendesak guru supaya tidak menjadikan pelajar mereka sebagai kandungan di media sosial terutamanya jika tanpa kebenaran ibu bapa.

    Mengenai Jaulah Ramadan, Fadhlina berkata pihaknya yang terdiri daripada kepimpinan tertinggi kementerian akan menghadiri program tersebut di 48 sekolah terpilih seluruh negara sepanjang Ramadan ini dengan pelbagai pengisian antaranya tazkirah, solat berjemaah, tarawih dan penghayatan hadis.

    “Selain daripada memperkukuh hubungan antara KPM dan pihak pentadbir di sekolah, kita harap program Jaulah Ramadan ini juga dapat meningkatkan penghayatan Ramadan dalam kalangan anak-anak khususnya yang beragama Islam,” katanya.

    Fadhlina berkata melalui program itu pihaknya juga akan melihat peruntukan yang diperlukan pihak sekolah untuk keselesaan pelajar dan guru.

    Pada majlis itu beliau turut berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib bersama warga sekolah dan menyampaikan sumbangan kepada 150 murid asnaf dan miskin daripada tiga buah sekolah.

    Program Jaulah Ramadan dilaksanakan pada setiap tahun sebagai aktiviti warga KPM sepanjang bulan puasa ini bagi mengeratkan hubungan dan ikatan ukhuwah di samping pengisian ilmu yang bermanfaat.

    ALSO READ:  QuickCheck: Was Batman 'arrested' in Johor?

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts