Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCovid-19: Sarawak ambil langkah berjaga-jaga

    Covid-19: Sarawak ambil langkah berjaga-jaga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak akan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan COVID-19 di negara berada pada tahap yang membimbangkan.

    Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata setakat ini keadaan masih terkawal, dengan kebanyakan kes jangkitan hanya melibatkan gejala yang ringan, dan sekiranya keadaan tidak terkawal, beliau yakin pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan garis panduan.

    “Setiap acara yang kita anjurkan akan mengikuti garis panduan yang ditetapkan, apa yang perlu kita dilakukan atau sebaliknya,” katanya selepas merasmikan Hari Integriti Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di Kuching, hari ini.

    “Sekarang ini sesiapa yang kena COVID-19 tidak mempunyai gejala yang yang teruk, umpama selesema ringan sahaja, kecuali individu yang berusia dan berisiko di mana mereka perlu berjaga,” katanya.

    Ahad lepas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata 3,626 kes COVID-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 iaitu dari 19 hingga 25 Nov lepas, meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

    Beliau berkata majoriti kes iaitu 48 peratus melibatkan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun dan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan.

    – Bernama

    ALSO READ:  Why Threads, Meta’s Twitter killer, needs a desktop version

    “Sekarang ini sesiapa yang kena COVID-19 tidak mempunyai gejala yang yang teruk, umpama selesema ringan sahaja, kecuali individu yang berusia dan berisiko di mana mereka perlu berjaga,” katanya.

    Ahad lepas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata 3,626 kes COVID-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 iaitu dari 19 hingga 25 Nov lepas, meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

    Beliau berkata majoriti kes iaitu 48 peratus melibatkan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun dan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts